Wednesday 22 July 2015

Return of Hari Raya 2015

Heii..Assalamualaikum

umm.. agak lama juga ya menyepi hahaha

"ingatkan dah mati rupanya hidup lagi mamat ni"
kata Belalangtopeng kepada penulis blog.

Lalu penulis blog ini tidak menghiraukannya dan terus berlalu pergi dari situ tanpa rasa
segan silu. Akhirnya dia tersadung dan terjatuh ke dalam gaung yang amat dalam. The End

Dahhhh...cukuplah melalut ok aku nak cakap kat sini
Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam seluruh dunia dan dan...
selamat berhibur dengan perkongsian gambar di bawah hehehehe...



 


hehewwwww... good night

Thursday 27 November 2014

HELLO BELALANGTOPENG!!

Assalamualaikum..hmmm Hello semua...hahahha

Akhirnya tangan aku rajin jugak nak menaip setelah sebeberapa bulan lamanya aku menghilangkan diri dari dunia perblogeran ini.
Apa pun selamat bertemu kembali hai!!!
Okey pertamanya sekali aku nak mengucapkan tahniah kepada adik-adik ataupun bekas pelajar darjah 6 kerana keputusan UPSR dah pun keluar and tahniah di ucapkan pada yang memperoleh keputusan yang cemerlang, untuk pelajar yang kurang cemerlang tu... tak pe banyak lagi cabaran yang perlu korang tempuhi. SPM nanti buat yang terbaik dan cuba sehingga mencapai impian korang untuk menuju ke menara gading UITM (hahaha promote sikit).

Perenggan dua...pelajar-pelajar UITM sekarang ni semestinya sedang sibuk dengan mengemas barang kan?... iya itulah dia tuan-tuan dan puan-puan itulah dia...
Ye sekarang ni pelajar diploma UITM seluruh Malaysia akan memulakan semester baharu mereka pada 1/12/2014, selamat kembali diucapkan dan ini termasuklah aku. Kini aku kembali ke Uitm Lendu untuk semester yang ke tiga!! (hoooreyyy)...pejam celik pejam celik dah semester 3 sekejapnya aku rasa, lagi 2 semester lagi hmmm...

Hmmm... apalagi nak tulis ye.... oh ye alhamdulillah result aku pun boleh dikatakan memuaskan jugak... dengan memperolehi pointer 3.32... dan tahniah juga kepada sahabat-sahabat di group whatsapp (7 bola dragonball) kerana semuanya lulus dan tiada yang kene repeat(huiiigghhh).
oklah aku rasa jari aku dah mula kebas dan tidak bermaya lagi untuk menaip di papan kekunci komputer riba ku ini (uiiii ayat aku cam sasterawan negara Poland haahha) so hmm selamat malam dan...

LOG OUT.. JazakAllah

Sunday 29 June 2014

dah nak balik

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan
nampaknya hari esok aku dah kena pulang ke Melaka, cuti pon dah habis so aku harap dapat berjumpa kembali pada hari raya ini okey InsyaAllah
and log out (rasa macam tak nak balik Melaka je huhuhu)
JazakAllah

Saturday 28 June 2014

Assalamualaikum dan selamat petang

ok sekarang aku berada di rumahku syurgaku. Kenapa aku berada dirumah?, ya aku berada di rumah ni kerana aku cuti la apa lagi kan hahaha. Oh ye aku cuti ni pun 4 hari je isnin 30/6/ aku akan pulang semula ke Uitm Lendufornia tu adoi, rasa macam tak puas pulak duduk kat rumah ni hahah. oh ye hari ahad ni bulan ramadhan dah bermula, adakah anda sudah bersedia..bersedia untuk berpuasa, menahan lapar dan dahaga di siang hari Ha...

ok nak cerita apa yang berlaku dua minggu aku belajar untuk semester ke 2 ni . Pertama sekali aktiviti Art Design lah dengan gotong royong, sesi suai kenal dengan pelajar semester 1, itu ini sana , macam-macam lah.. nampak tak betapa banyaknya aktiviti di sini baru 2 minggu bai belum habis lagi semester ni. Ok habis disitu sekarang aku nak bagitahu pengalaman aku pulak okey, mmm oh ye aku ditempatkan di kolej Kasturi dan member-member rapat aku pulak berada di Tun Merah(dulu kolej perempuan tapi skarang dah ditukar pulak) so aku kesorangan berada di Kasturi, nasib baik kolej kitorang bersebelahan je, bolehlah melepak bersama kan. budak-budak si Akim,Azrul,Fadhil,Imran, satu kolej tun Merah and satu level (bapak best do diorang..chis haha) and Amer(dia jadi kelas rep haha) dan Nazren/Yen pulak di kolej Leqiu and diorang gak satu bilik. Nampaknya aku sorang je lah yang lonely skarang ni tercampak sampai ke kolej Kasturi, but I tak kesah pon you... aku boleh lepak lagi ngan korang kan....tengok lah gambar di bawah iniiiii...
Time futsal...aku takde sebab aku manager...hahah
Ini pulak time birthday Azrul...hahah dah macam zombie aku tengok
Time shooting gambar kat area Melaka
Ini pulak time habis kelas gdt156 (yang dopan tu classmate Anis Syafiyya)

Ini lah pengalaman aku selama 2 minggu and bubye dan log out..
JazakAllah

Friday 6 June 2014

SELAMAT KEMBALI BELAJAR!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan..
ok first and and the first one is aku akan pulang ke Uitm untuk sambung semester ke 2 pulak.
Bila? ya sudah tentulah pada keesokan hari iaitu 8/6/2014, aku daftar lambat sikit hahaha sepatutnya AD grafik daftar hari sabtu 7/6/. So disebabkan aku gerak hari sabtu so masuk hari ahad lah kan. (suka hati aku je)
Ok barang-barang semua aku dah pack awal-awal takut nanti ada tertinggal itu lah ini lah kan. So ermm and kepada part 1 yang baru sahaja habis MDS diharap korang buat yang terbaik lah dalam pelajaran korang dan aku juga berharap aku dapat buat yang terbaeeeekkk jugaklah untuk sem ni. Jadi aku nak ucap kan kepada pelajar Uitm seluruh dunia SELAMAT KEMBALI BELAJAR!!!!!!!
hahahah...so aku
OUT

JazakAllah

Tuesday 3 June 2014

Aku pemandu baharu

Assalamualaikum..dan heyyo,

ok aku cuma nak tulis sikit je..jadi tahniah kepada aku, ye aku sebab lulus dalam ujian memandu pagi tadi..hahaha
Alhamdulillah aku lulus and aku berjaya memegang sekeping kad yang terteranya nama aku dan lambang di atasnya adalah 'P'(lesen ye). Ya aku lulus ujian motor itu dan selepas ini bolehlah aku memandu di jalanan dengan tanpa rasa ragu-ragu lagi kerana di dalam dompet aku ini terdapatnya lesen 'P' (mak aii over plak aku ni).
Syukur kepada Allah S.W.T. dan tak lupa jua kepada my teacher Mr. Panjang (sebenarnya aku tak tahu name penuh cikgu aku ni and orang ramai selalu panggil cikgu aku ni dengan gelaran Panjang so... Mr.Panjang lah @ aku panggil beliau dengan lebih specific nye dengan name 'Uncle').

Jadi itu je aku  nak bagi tau dan
-OUT-

JazakAllah

Thursday 29 May 2014

pejam celik pejam celik

Assalamualaikum semua
ok now aku nak beritahu kat semua yang mane banyak peristiwa menarik yang terjadi pada masa kini. Ya pejam celik pejam celik tak lama lagi musim bola (Fifa World Cup 2014) akan bermula, pejam celik pejam celik bulan Ramadhan semakin tiba dan juga pejam celik pejam celik minggu depan 9/6/2014 pelajar diploma Uitm akan kembali memulakan semester baru ya termasuklah aku ni ha.....
Itu je nak bagitau pejam celik pejam celik Alhamdulillah masih celik lagi

So...bye
Jazakallah